Sunday, August 26, 2007

Sape nk baca citer kelakar????

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup
sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi
sebab air kolah jadi air batu dan air
paip
tidak mahu keluar sebab beku di
dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun
api kerana tidak tahan sejuk. Selepas
itu
emak saya mengajak saya
menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak
mahu. Selepas
emak menikam perut saya berkali-
kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya. Kami berjalan
sejauh 120 kilometer kerana pasar itu
letaknya 128 kilometer dari
rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai
pasar saya
ternampak sebuah lori kontena
meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia
melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit "Adoi!". Lepas itu emak
saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari
di belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami
mengejarnya. Dia
pun memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih
laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah
feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100
orang
semuanya mati. Pemandu feri itu
sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu
lori. Pemandu lori menekan butang khas
di
dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya
tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat
kemalangan. Dia
melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus
bertukar menjadi pemandu feri semula
lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu
feri itu pecah. Pemandu lori sangat
takut
melihat kejadian itu. Dia meminta
maaf dari emak saya. Dia menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi
emak saya masih marah. Dia
menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan
pemandu lori itu dengan kipas
helikopter.

Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan
jatuh ke bumi. Emak say a menghantar
helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ketempat kejadian, dia
terus memukul pemandu lori itu dengan
beg tangannya sambil memarahi pemandu
lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab
sebab emak saya cakap orang putih. Lalu
pemandu lori itu mati. Tidak lama
kemudian kereta polis pun sampai. Dia
membuat lapuran ke ibu pejabatnya
tentang kemalangan ngeri itu. Semua
anggota polis di pejabat polis itu
terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana
ingin mengetahui apa yang telah
terjadi. Polis yang bertugas cuba
menyuraikan orang ramai lalu dia
menjerit menggunakan pembesar suara.
Orang ramai terperanjat dan semuanya
mati. Selepas itu emak saya mengajak
saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar,
emak saya menceritakan kejadian itu
kepada penjual daging. Penjual daging
dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
penat sebaik saja sampai di rumah kami
pun mati. Itulah kemalangan yang paling
ngeri yang pernah saya lihat sebelum
saya mati.

No comments: