Sunday, September 16, 2007

Kisah seorang kurang upaya yang hebat

Kisah seorang kurang upaya yang hebat

> Tersebut kisah sorang janda yang sudah dua kali
> bersuami. Bercerai dengan suami yang pertama sebab
> suaminya itu yang memukul dan mendera. Sementara
> suami kedua pula walau pada mulanya bahagia tapi
> akhirnya suami tu menceraikan dia dan kahwin dengan
> perempuan lain.
>
> Jadi selepas beberapa tahun, janda ni yang masih
> cantik mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali
> yang ketiga. Dia lantas mengiklankan diri untuk
> mencari jodoh ketiganya. Si janda tu meletakkan 3
> syarat:
>
> 1. Lelaki tu mesti berjanji tak akan memukul atau
> mendera
> 2. Lelaki tu tak akan lari meninggalkan dia
> 3. Hebat di ranjang
>
> Selang beberapa hari, datang seseorang mengetuk
> pintu dengan kuat. lalu si janda tu pun buka pintu.
> Alangkah terkejutnya dia bila yang datang tu tidak
> berkaki dan bertangan.
>
> "Saya datang untuk cuba nasib jadi suami awak" kata
> si lelaki kudung tu.
>
> Lalu si janda tu meminta si lelaki itu untuk
> menjelaskan kalau dia dapat memenuhi tiga syarat
> seperti dalam iklan.
>
> Lelaki tu berhujah:
>
> "Syarat yg pertama, sudah tentu saya dapat penuhi
> disebabkan saya tidak ada tangan untuk memukul
> awak."
>
> "Syarat yang kedua, mana mungkin saya akan
> tinggalkan awak disebabkan saya tidak ada kaki untuk
> berlari."
>
> "Ok, boleh terima. Tapi syarat yang ketiga itu
> bagaimana hendak awak buktikan?" celah si janda tu.
>
> "Oh, senang saja. Cuba awak fikir. Tadi saya ketuk
> pintu dengan apa?" ujar lelaki kudung itu dengan
> bangga.
>
> MORAL: Di bulan Ramadhan ini eloklah jangan fikir
> yang bukan-bukan. Lelaki itu gunakan kerusi roda
> untuk datang ke situ dan dia gunakan tongkat yang
> diselitkan ke ketiaknya untuk ketuk pintu.

6 comments:

Afzan Ranai said...

har..har..har..
mmg suspen!

Ghab Van Hal said...

tp ko da mmg wat aku pk bukan2 hanz...hahaha

Rn@b^9 said...

interesting....

hanz™ said...

hehe...tuk selingan korang sumer, so, jgn tensi2...

sir meru said...

huhuhu...satu karangan yang kalau masuk muet dapat ban 6...tahniah buat anda...

Anonymous said...

eee..awak yg fkr2 bukn2 kn?sbb tu awak kasi cite tu..hehehe..