Sunday, October 7, 2007

last letter from my bestfrenz

assalamualaikum..
fristly, aku nak ucapkan a lots of thanks coz ko bagi aku org first rasmikan kau punya autograph ni...bangganya aku...

izhar...
terima kasih kerana kau sudi jadi kawan baik aku sepanjang aku kat sini..aku harap persahabatan yang kita bina ini berkekalan hingga akhir hayat...Aku suka sangat kalau member yang aku kawan tu anggap aku sebagai best friend dia..sesuatu yang membanggakan??sebab susah nak cari kawan yang sebest best friend...

Lepas ni kita akan sama2 berperang menempuh spm 2000.Lepas spm, kita akan mengikut haluan masing2. Kau dengan cara kau dan aku dengan cara aku. Tapi tak semestinya kan?? mungkin kau fikir kawan dengan aku menyusahkan dan ntah apa2 ntah...Aku tak cakap kau tuduh aku...yelah mungkin kelakuan dan sikap aku selama ini banyak menyakitkan hati kau..tapi kau tak berani bersuara,maybe nak jaga hati aku sebagai member kau kot!!aku maybe hanya pandai cakap(berapi-api) tak tak pasti boleh menjadi ikutan pada diri aku..tapi demi allah aku tak pernah terniat dihati untuk buat kau sakit hati/tersinggung.walau apa pun tanggapan kau, aku tetap dengan pendirian ku..kau kawan baik aku..susah nak cari cam kau..tapi cam aku berlambak kan...

Aku salute dengan peribadi dan personaliti kau..yelah tak nak campur benda2 yang tak berfaedah dengan pelajaran...Tapi lain plak ngan aku..banyak nak pikir benda lain...tapi mungkin dengan cara tu boleh membuatkan aku lebih gembira..maybe kau pun tak senang ngn sikap dan cara aku yang lebih2 dalam semua hal...

Izhar...
Seribu senyuman belum tentu menawan sekeping hati..tapi satu ajakan sudah cukup untuk menimbulkan kebencian..jadi berwaspadalah sebabnya membina memang mengambil masa tapi meruntuhkanya hanyalah sekelip mata...jadilah kau jangan jadi orang lain,jadilah manusia janganlah jadi ultraman taro so dengan itu go your own way, find your own life..pentingkanlah perkara yang lebih penting dari yang penting kerana perkara yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting..tapi buat masa terdekat ni,tiada perkara yang lebih penting dari yang penting melainkanya semuanya sama-sama penting...

Jangan lah jadi manusia yang pentingkan diri sendiri..kelak kau akan hilang kawan..kawal kewarasan dan kematangan pemikiran kau sebab ia adalah penentu kejayaan kau pada masa depan..jadilah manusia yang pandai hormat diri dan kawal nafsu supaya masyarakat dapat menilai sejauh mana nilai2 kehormatan yang ada pada diri kau..thinking positive always positive..future is yours..peringkat remaja adalah kemuncak paling aktif dalam kehidupan...tekadkan semangat dan cita2 setinggi mungkin dan janganlah jatuhkan nilai2 keremajaanmu disebabkan ketandusan etika dan moral dalam meniti norma2 kehidupan..

Never look back..
from the bottom of my broken heart, theres just a thing or two i'd like tou to know...???

Lastly..
kau kite berpisah lepas nie,jangan lupakan aku plak..tak sebagai member baik ko, cukuplah sekadar orang yag pernah kau kenali selama di teknik kajang...ada masa contac la aku..insyaallah persahabatan yang diberkati allah s.w.t akan berkekalan sampai bila2..aku minta maaf dan ampun banyak dari hujung rambut sampai hujung ibu jari kaki jika selama kita berkawan aku menyakitkan hati kau dan apa2 yang aku tulis ini kau ader terasa..sory...whatever pun..apa nasihat yang aku bagi cubala ikut..walaupun ia tak pernah wujud dan mendiami hati aku...

i was born to make u happpy

No comments: