Sunday, July 6, 2008

Kepentingan Insurans

Apakah itu insurans:
Insurans ialah satu pelan perlindungan yang dicipta berasaskan prinsip bersaling, dibentuk bagi menubuhkan dana am.

Objektif insurans:
Objektif utama pelan perlindungan insurans hayat ialah untuk memberi perlindungan pendapatan untuk keluarga dan orang-orang yang tersayang. Ianya boleh la dianggap sebagai surat cinta yang paling berharga yang pernah ditulis di dunia ini.

Adalah satu tindakan yang bijak untuk kita menunjukkan keperihatinan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dengan menyediakan perlindungan kewangan yang mencukupi untuk keluarga sesudah ketiadaan kita.

Orang yang sayangkan keluarganya, tidak akan meninggalkannya tanpa makanan, pakaian, kediaman, perbelanjaan sekolah dan lain2.

Mengapa perlunya insurans?
Apabila berlakunya hilang upaya, maka yang kepincangan adalah kehidupan kerana seseorang itu tidak dapat mencari nafkah yang sama tahap dengan nafkah sebelum kemalangan. Insurans memainkan peranan sebagai kepastian mengganti sumber nafkah dalam hal ini. Begitu juga jika berlaku sesuatu kematian. Pastinya insurans tidak dapat menghidupkan semula seseorang itu, tetapi insurans boleh meneruskan kehidupan waris si mati dengan menggantikan sumber pendapatan. Sesungguhnya meninggalkan isteri dan keluarga dalam keadaan sempurna lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.

Note from author:
Assalamualaikum dan salam sejahtera utk kwn2 bmcs sumer. Spt yg aku announce kan lam ym, saper2 yg dh keje yg lum lg ada polisi insurans tu, leh la berurusan ngan aku ek. Yg masih study n ingin memeliki polisi insurans sndiri pn leh gak, lg baik. Kepentingan insurans dh aku terangkan kt ats tu. Bukan atas dasar komisyen semata2, aku cuma nk tlg kngkawan sumer utk mengatur perbelanjaan dan merancang hidup dgn baik. Insurans ni byk kepentingannyer. Lau korang xcaya, leh la tnya Ijat ngan Cupin yg penah claim insurans smpai beribu. Bukan nk nilaikan nyawa tu dgn duit, tp sbg langkah persediaan andai kata berlaku apa2 yg kita xduga. Andai kata berlaku apa2 kt diri kita, at least family kita xla terabai camtu jerk. Lau nk tau detail lg pasal insurans, leh la kontek aku. Korang sumer mesti ada kn aku nyer kontek. Lau xder, just email jerk kt aku hanz8work@gmail.com
p/s: insurans yg aku offer ni ialah Am Assurance dr AmBank group.

No comments: