Tuesday, January 22, 2008

JOURNAL BERPAKAIAN

JURNAL BERPAKAIAN
Anda Bersaiz XXL?2008 Tampil Hebat & Fit


“Tengoklah badan aku ni, gemuk, pakai apa pun tak kena. Susahlah nak cari baju yang sesuai. Nak bergaya pun aku tak reti. Aku cemburulah tengok orang lain boleh berfesyen dan bergaya.”Itu antara luahan yang sering kita dengar daripada mulut mereka berbadan besar atau bersaiz XXL. Mereka risau akan saiz badan sehingga langsung tidak menghiraukan soal pemakaian ataupun gaya. Walaupun ada yang suka bergaya, kadang-kala gaya yang dikenakan itu sama sekali tidak bersesuaian.

Malah membuatkan mereka kelihatan lebih besar. Itu realitinya. Seorang teman sepejabat penulis menghadapi situasi ini. Dia sukar untuk bergaya kerana saiz badannya yang gemuk. Apa yang dipakai bukan sahaja membuatnya lebih besar tetapi juga nampak pelik.

Tidak kiralah anda bersaiz kecil, besar atau tinggi sekalipun, jika bijak bergaya dan tahu kod berpakaian yang betul, pasti anda kelihatan hebat dan bergaya. Bagi yang bersaiz besar, jangan risau dengan saiz badan. Anda boleh bergaya dan memakai pakaian yang disukai seperti orang lain. Bagaimana?

Mudah sahaja caranya. Apa yang paling penting anda perluberhati-hati dan bijak menyuaipadan pakaian yang dikenakan. Sekiranya anda masih belum pasti, panduan berikut dapat membantu dan pasti anda tampil berbeza, hebat dan lebih langsing pada tahun baru ini.

1. Elak pakaian garis lintangKatakan “Tidak!” pada pakaian bergaris/berjalur lintang. Jika mahu memakai pakaian berjalur, pilih yang berjalur menegak atau vertikal. Mengapa? Alasannya senang saja. Anda akan kelihatan lebih tinggi dan nampak kurus. Untuk memakai sut, pinstripe suit adalah pilihan tepat terutama apabila dipadankan dengan kemeja yang lebih gelap warnanya. Untuk pakaian kasual, saranan terbaik, dapatkan corduroy berwarna gelap dengan jalur halus. Ini panduan untuk mereka yang gemar memakai pakaian berjalur.

2. Jaket single breasted Jaket single breasted sentiasa membuatkan anda kelihatan lebih langsing berbanding double breasted yang membuatkan pandangan orang lain lebih fokus pada bahagian tengah badan. Anda juga perlu berhati-hati ketika memilih jaket. Lihat belah pada bahagian belakang jaket. Tip berguna untuk anda, elak memakai blazer atau jaket yang mempunyai dua belah di belakangnya. Kekal pada jaket belah satu atau jaket tanpa belah serta sentiasa ingat bahawa jaket perlu menutupi bahagian bawah badan.

Dapatkan tips menarik ini sepenuhnya dalam Maskulin Januari 2008 ~ apeks ader bulan februari nyer ~

No comments: